Hukuman mati: Luahan keluarga mangsa, banduan - Utusan Malaysia

Hukuman mati: Luahan keluarga mangsa, banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – “Kalau seseorang berada di tempat saya, mereka juga akan meminta hutang nyawa dibalas dengan nyawa.”

Itu luahan Rita Soesilawati iaitu anak mangsa Sosilawati Lawiya yang merupakan pengasas syarikat kosmetik dan dibunuh kejam dengan mayatnya dibakar.

Dengan itu, tiga individu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir, awak patut rasa apa saya rasa, apa perasaan keluarga saya. Apa yang berlaku kepada kami. Bagaimana kami meratap kehilangan ibu,” kata Rita dalam wawancara bersama Al Jazeera.

SALAH satu keluarga yang diwawancara. - AL JAZEERA
SALAH satu keluarga yang diwawancara. – AL JAZEERA

Bagi keluarga mangsa, hutang nyawa dibalas nyawa, namun pihak keluarga banduan dan aktivis hak asasi manusia melihat hukuman mati sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Al Jazeera dalam satu dokumentari baharunya, 101 East yang bertajuk ‘Malaysia: On Death Row’ meninjau perdebatan sengit mengenai hukuman mati di Malaysia susulan rancangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman berkenaan.

Bagi 1,200 keluarga banduan yang menunggu dihukum gantung sampai mati atas pelbagai kesalahan jenayah, pemansuhan hukuman berkenaan pastinya memberikan harapan baharu.

GAMBAR
 

Salah seorang daripadanya, Siti Zebedah merayu agar nyawa anaknya, Razali Ahmad yang dihukum gantung kerana didapati bersalah mengedar 858 gram kanabis pada 2007 tidak diambil.

“Izinkan dia pulang. Izinkan saya bawanya ke masjid. Saya mahu memeluknya,” rayunya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini