Hukuman ke atas Wan Ji setimpal, wajar demi beri pengajaran - Utusan Malaysia

Hukuman ke atas Wan Ji setimpal, wajar demi beri pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Julai – Hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin disifatkan setimpal dengan kesalahannya menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tujuh tahun lalu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, hukuman itu merupakan satu bentuk peringatan kepada pihak tertentu yang sejak kebelakangan ini bukan sahaja lantang memperlekeh institusi diraja, malah berani menghina kesucian agama Islam.

“Pemuda UMNO Kelantan berpendapat Mahkamah Tinggi telah membuat satu keputusan tepat dengan mengenakan hukuman penjara setahun kepada Wan Ji ekoran tindakannya menghina Tuanku Sultan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hukuman itu diharap memberi pengajaran kepada orang ramai supaya berfikir dahulu tentang hukuman bakal diterima jika melakukan penghinaan ke atas institusi diraja dan agama Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Wan Ji terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara ke atasnya dan meminda hukuman kepada setahun kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin pada 5 November 2012.

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, Pemuda UMNO Kelantan menyokong seruan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki kepada rakyat supaya tidak mempertahankan pesalah seperti Wan Ji yang dilihat boleh menggugat keamanan negara menerusi perbuatan menghasut.

Beliau dalam pada itu menambah, kes Wan Ji juga merupakan satu contoh jelas bagaimana DAP menggunakan proksi mereka yang terdiri daripada orang Melayu sendiri bagi menimbulkan kebencian terhadap raja-raja Melayu dan agama Islam.

Katanya, sambil cuba meraih simpati untuk Wan Ji, DAP sebenarnya sedang memanfaatkan kes tersebut untuk mengalih perhatian rakyat daripada salah laku pemimpinnya seperti kes rasuah banglo, kes kematian anggota bomba dan terbaharu, jenayah rogol oleh seorang Exco DAP di Perak.

“Kita semua kena ingat, DAP tidak akan berhenti daripada membuat hasutan tiga perkara ini iaitu agama, kaum dan raja-raja Melayu selagi mana mereka belum 100 peratus menggenggam pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Hasutan mereka tidak secara terus, sebaliknya melalui proksi-proksi pemimpin Melayu dalam Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR yang hanya mengikut telunjuk parti itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini