Hukum nada dering azan, al-Quran - Utusan Malaysia

Hukum nada dering azan, al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUTAKHIR ini, ramai umat Islam dilihat menggunakan ayat al-Quran, zikir atau azan sebagai tetapan nada dering telefon bimbit.

Pada asasnya, ia tidak menjadi kesalahan, malah secara tidak langsung menzahirkan rasa cinta dan usaha seseorang Muslim untuk sentiasa berdampingan dengan al-Quran.

Pedoman

Walau bagaimanapun, ia perlu dilihat kepada tempat dan adab penggunaannya. Sebagai contoh, tempat diberhentikan (waqaf) ayat al-Quran itu ketika menjawab panggilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika tidak, ini sudah tentu menjadikan ayat tersebut tergantung dan tidak menghasilkan maksud sebenar.

PERLU berhati-hati menggunakan ayat al-Quran atau zikir dalam
PERLU berhati-hati menggunakan ayat al-Quran atau zikir dalam telefon bimbit. – GAMBAR HIASAN 

Ini berdasarkan dapatan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan ‘Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit.’

Muzakarah memutuskan bahawa, pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran dengan syarat:

1- Penggunaannya menepati adab ditetapkan dalam Islam

2- Digunakan di tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat suci seperti dalam tandas

Justeru, amalan itu dilihat amat tidak wajar kerana berkemungkinan besar ketika tuan punya telefon bimbit ingin menjawab panggilan tanpa meraikan ayat dan lafaz azan sudah berhenti pada waqaf atau tergantung.

Pendapat ini selari dengan beberapa pandangan tokoh ulama masa kini.

Sumber Irsyad Fatwa, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini