TOKYO 3 Julai – Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih satu juta penduduk ketika hujan lebat melanda bahagian selatan negara ini, setahun selepas banjir meragut lebih 200 nyawa.
Stesen televisyen tempatan NHK berkata, tanah runtuh kecil dilaporkan berlaku di beberapa kawasan terjejas.
Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 1.12 juta penduduk di wilayah Kagoshima dan Miyazaki diarahkan berpindah ke pusat perlindungan ketika tanah runtuh ‘menghanyutkan’ beberapa buah kereta dan menimbus sebuah rumah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan setakat ini. – AFP











