HTAR nafi bayi ditinggal sebatang kara - Utusan Malaysia

HTAR nafi bayi ditinggal sebatang kara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan dakwaan terdapat seorang bayi yang ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital ini adalah tidak benar.

Pengarah HTAR, Dr. Mohamad Sabri Othman berkata, bayi tersebut kini berada dalam jagaan dan pemerhatian pihaknya.

“Kami memandang serius isu ini dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut serta menyeru supaya berhenti menyebarkannya kepada orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waris atau pesakit juga adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam wad termasuk larangan mengambil gambar serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul kepada orang lain termasuk di media sosial sehingga menjejaskan kerahsiaan (privacy) pesakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah bayi tujuh bulan yang didakwa tinggal sebatang kara di hospital.

Netizen di media sosial memuat naik beberapa keping gambar bayi itu di katil wad hospital mendakwa ibu kanak-kanak tersebut tidak waras gara-gara bapanya berkahwin baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini