LONDON – Gonzalo Higuain akan kekal bersama Juventus pada musim akan datang, kata adiknya, Nicola.
Penyerang Argentina itu menghabiskan separuh musimnya bersama Chelsea sebagai pemain simpanan dengan kembali bekerjasama dengan bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri di Stamford Bridge.
Kedua-dua mereka akan kembali bekerjasama di Juventus selepas Sarri bersetuju untuk menjadi pengurus di Stadio Delle Alpi.
Nicola menegaskan bahawa abangnya tidak akan meninggalkan kelab itu.
“Gonzalo akan bermain bersama Juventus. Kontrak dua tahun kekal dan akan dihormati,” katanya.
Bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan, Juventus berhasrat untuk melepaskan penyerang berusia 31 tahun itu tetapi masih belum menerima sebarang tawaran daripada kelab lain.-AGENSI










