Hentikan fitnah, jangan politikkan isu di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Hentikan fitnah, jangan politikkan isu di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penjelasan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengenai gambar yang tular mengenai kaitan suaminya dengan tiga kilang kimia di Pasir Gudang.

Berikut merupakan kenyataan beliau:

Kenyataan tidak bermaruah ini adalah penghinaan kepada beratus-ratus orang pegawai kerajaan dari semua agensi yang terlibat dalam menangani insiden gangguan kesihatan di Pasir Gudang baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka bertungkus-lumus bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat lelah untuk mengambil bacaan parameter dan menganalisis data untuk mencari punca insiden ini.

Tindakan mereka mempolitikkan insiden ini adalah sesuatu yang jijik dan keji kerana tidak mengambilkira perasaan dan trauma yang dialami oleh ibu-bapa dan kanak-kanak yang mengalami kesan dari situasi ini.

Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan kebebasan bersuara.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini