Henderson abadikan kejayaan di badan sendiri - Utusan Malaysia

Henderson abadikan kejayaan di badan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA – Jordan Henderson bertindak mencacah tatoo di paha kirinya bagi mengingatkan dirinya mengenai kejayaan Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara keenam, musim lalu.

Kapten The Reds itu menjulang trofi kejuaraan itu di Madrid selepas menundukkan Tottenham 2-0 pada 1 Jun lalu dan ia merupakan trofi pertama diraihnya selepas menjadi kapten.

Kejayaan itu sememangnya sangat bermakna buat Henderson yang hampir menyertai Fulham selepas hanya setahun menyertai Liverpool dari Sunderland pada 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa menikmati cuti musim panas, Henderson bertemu pembuat tatoo bertaraf selebriti, Tommy Montoya yang pernah muncul dalam rancangan NY Ink untuk mencacah tatoo piala berprestij Eropah itu di pahanya.

Montoya yang juga pemilik Klockwork Tattoo Club di Covina, berkongsi gambar bersama Henderson dengan pahanya yang berbalut selepas menyempurnakan tatoo berkenaan.

“Menjuarai Liga Juara-Juara menentang Spurs adalah sesuatu yang hebat dan ia melengkapkan musim cemerlang buat Liverpool,” kata Henderson.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini