Heineken jawab isu arak tanpa alkohol - Utusan Malaysia

Heineken jawab isu arak tanpa alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Heineken Malaysia Berhad (Heineken) menjelaskan produknya Heineken 0.0 adalah tidak halal dan hanya dijual kepada pelanggan bukan Islam dan berusia 21 tahun ke atas sahaja.

Demikian kenyataan syarikat pengeluar minuman keras itu selepas mengambil maklum gambar yang tular dalam media sosial baru-baru ini mengenai produk Heineken 0.0 dekat sebuah kedai serbaneka 24 jam baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, produk berkenaan diletakkan dekat bahagian ditanda ‘tidak halal’ di pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual minuman keras tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami peka terhadap keprihatinan masyarakat mengenai produk Heineken 0.0 dan ia hanya diletakkan dengan bahagian ‘tidak halal’ supaya tidak mengelirukan pengguna yang beragama Islam.

“Pengeluaran minuman keras tanpa alkohol di Malaysia adalah untuk memberi pilihan kepada pengguna bukan Islam di sini untuk menikmati arak tanpa kesan alkohol,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baru-baru ini tular dalam Facebook mengenai gambar dimuatnaik seorang pengguna memaparkan produk Heineken 0.0 iaitu arak tanpa alkohol yang diletakkan berhampiran rak minuman ringan halal dekat sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Dalam pada itu, Heineken turut menjelaskan tema ‘Now You Can’ hanyalah sebagai satu promosi terhadap produk Heineken 0.0.

“Tema tersebut sebagai promosi bagi Heineken 0.0 untuk pengguna bukan Islam bahawa mereka boleh menikmati minuman keras tersebut pada bila-bila masa.

“Heineken Malaysia komited dan memainkan peranan penting bagi menggalakkan penggunaan produk kami dengan selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini