LONDON – Pemain tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich pada musim depan. Pemain berusia 20 tahun itu menikmati musim memberangsangkan bersama Leverkusen dikaitkan bakal berpindah ke Bayern dengan nilai 90 juta euro (RM416 juta). Havertz menyertai Leverkusen sejak berusia 11 tahun bagaimanapun berkata dia berminat untuk meninggalkan kelabnya namun bukan dalam keadaan tergesa-gesa. “Saya akan kekal bersama Leverkusen pada musim depan tanpa sebarang ragu-ragu. “Pada satu tahap, saya akan mengambil langkah seterusnya. Jika tiba masanya, tiada sesiapa akan marah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya