Hasad hanya menyeksa diri sendiri - Utusan Malaysia

Hasad hanya menyeksa diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASULULLAH SAW mengumpamakan perasaan hasad dengki itu sebagai api yang membakar segala kebaikan. Bermakna apabila telah wujudnya hasad dalam hati, maka segala kebaikan yang terdapat di hati akan musnah.

Hasad bukanlah membawa kebaikan kepada diri manusia sebaliknya, apabila hasad bersemi di hati, ia lebih menyeksa diri sendiri sebelum membakar orang yang dihasad.

Pedoman

Malah, jiwanya juga tidak tenang, fikiran sentiasa kacau dan perasaan juga tidak tenteram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang diharapkan hanya satu iaitu agar nikmat yang ada pada orang yang didengkinya itu hilang. Dia tidak senang melihat kejayaan orang lain. Penyakit ini umpama virus yang telah merebak ke seluruh hati sehingga sukar diubati.

Selain itu, orang hasad hidupnya juga sentiasa dipenuhi keresahan, kemarahan dan kekecewaan yang boleh mengakibatkan ulser, lemah jantung, gangguan usus serta gangguan fungsi ginjal.

Apa yang ditakuti, orang seperti ini akan mati membawa hati yang kotor. Ini bermakna penderitaan orang yang hasad tidak akan berakhir di dunia tetapi melarat hingga ke akhirat.

Bagi mengatasi perasaan hasad, seseorang itu perlu belajar dan menghayati prinsip akidah yang akan membuka pintu hati serta melihat perlunya sifat-sifat sabar, reda, qanaah serta zuhud dalam melayari ujian hidup.

Sebaik diri berasa berdosa akibat dilanda sifat hasad, segera bertaubat kepada Allah SWT dan banyak mengingati mati serta berdoa semoga dihapuskan sifat hasad dengki daripada dirinya.

* Sumber Buku: Semuanya Soal Hati tulisan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini