Hamilton pahat sejarah di Silverston - Utusan Malaysia

Hamilton pahat sejarah di Silverston

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE – Lewis Hamilton mengukuhkan cengkaman pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) dunia selepas memahat sejarah merangkul kejuaraan Grand Prix Britain buat kali keenam, sebentar tadi.

Beraksi di depan penonton sendiri, juara dunia lima kali dari pasukan Mercedes itu mengambil kesempatan di atas kereta keselamatan yang memasuki trek untuk memintas rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang terdahulu memulakan perlumbaan dari petak pertama.

Pemandu muda Monaco, Charles LeClerc dari pasukan Ferrari mengekori di tangga ketiga dengan 30 saat di belakang Hamilton manakala Pierre Gasly dari pasukan Red Bull di tempat keempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejujurnya, saya tidak dapat beritahu anda betapa bangganya saya meraih kemenangan di depan penyokong sendiri. Seluruh keluarga saya juga berada di sini, hari ini.

“Saya tidak mungkin dapat melakukan semua ini tanpa bantuan pasukan dan mereka yang berada di kilang (pengeluar). Keluarga mereka, anak-anak mereka turut menyokong saya. Betapa bangganya saya dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” kata Hamilton.

Kemenangan ketujuh daripada 10 perlumbaan musim ini membolehkan Hamilton, 34, mengukuhkan kedudukan pendahulu dengan 197 mata, 31 mata mengatasi Bottas.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima mengekori di tempat ketiga keseluruhan (126 mata), diikuti juara dunia empat kali, Sebastian Vettel (123). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini