PASIR MAS 5 Julai – Had umur mengundi diturunkan dari 21 ke 18 tahun sebagaimana yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen semalam sepatutnya dilaksanakan serentak dengan pendaftaran automatik dalam daftar pemilih sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu dilihat lebih berkesan dalam usaha mengelak berlakunya keciciran belia kerana golongan itu dilihat mengambil mudah perkara itu dan tidak mendaftar…










