Had umur belia: Ada campur tangan istana? - Utusan Malaysia

Had umur belia: Ada campur tangan istana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan terdapat campur tangan istana dalam isu penurunan had umur belia di Johor.

Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau berharap perkara itu tidak berlaku dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal perlu menjelaskan perkara itu kepada pihak istana.

“Saya diberitahu kerana pandangan istana Johor. Ini soal pentadbiran sewajarnya diberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar yang seragam. Kalau tidak esok akan timbul kekecohan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta pihak Menteri Besar timbang masak-masak, boleh pergi jumpa dan jelaskan dengan istana dan diharap istana tidak mencampuri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, dalam tempoh 24 jam, Kerajaan Negeri Johor membuat dua keputusan berbeza tentang penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Selepas mengumumkan menerima perubahan kerajaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kepada 30 tahun, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberitahu kerajaan negeri kembali kepada pendirian Dr. Sahruddin sehari sebelum itu yang mahu had umur belia kekal 40 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini