LIPIS – Seorang guru sains, Mazlina Abdullah, 38, maut kemalangan ketika kejadian nahas membabitkan lori dan kereta di Kilometer 40 Jalan Lipis-Sungai Koyan dekat sini pukul 6 petang tadi. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa dilaporkan terbabas memasuki laluan bertentangan. Menurut beliau, kereta tersebut kemudiannya bertembung sebuah lori jenis Nissan yang membawa muatan pasir dari arah Lipis menuju Sungai Koyan di sini. “Mangsa yang tersepit disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kereta milik guru Sekolah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya