Guru jual harta 
sekolah diberkas - Utusan Malaysia

Guru jual harta 
sekolah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Julai – Kegembiraan seorang bekas guru sementara di Surabaya ‘berjoli’ hasil jualan perkakas kompu­ter yang dicurinya dari sekolah tempatnya mengajar tidak berpanjangan selepas dia diberkas polis, baru-baru ini.

Lapor Tribun News, suspek yang dikenali sebagai Subagio Maulana, 27, berjaya me­raih kira-kira 4 juta rupiah (RM1,170), hasil jualan barang curi yang dijual dengan harga murah menerusi platform perniagaan dalam talian.

Menurut jurucakap polis Sa­wahan, Subagio berjaya melarikan perkakasan komputer dari dua buah sekolah selepas memiliki kunci pendua serta memecah masuk premis terbabit pada waktu yang berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati suspek itu mencuri 13 unit pemprosesan pusat (CPU), monitor (3) dan sebuah projektor.

Bagaimanapun polis tidak dapat mengesan barangan yang telah dijual itu.

Ketika keterangan direkodkan, suspek mengakui yang dia menjual satu unit CPU yang harga asalnya 11 juta rupiah (RM3,200) pada harga 1.6 juta rupiah (RM468) sahaja.

“Saya dapat kira-kira 4 juta rupiah (RM1,170) dan wang itu saya gunakan untuk per­belanjaan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini,” kata­nya kepada polis.

Subagio berkata, kejadian pertama berlaku di Sekolah Dasar Petemon, Surabaya dan dia berjaya melarikan lima unit CPU dan tiga buah monitor manakala insiden kedua berlaku di Sekolah Dasar Banyu Urip IX, Surabaya sebulan kemudian.

Guru itu dilaporkan digantung tugas selama sembilan bulan bagi memberi laluan kepada siasatan yang dilakukan ke atasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini