BANDUNG, Indonesia – Gunung berapi Tangkuban Parahu di sini meletus pada pukul 3.18 petang (waktu tempatan) tadi, demikian menurut laporan portal berita CNN Indonesia. Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti gunung berapi sebelum ia meletus. Pasukan SAR turut mempercepatkan proses memindahkan penduduk setempat daripada kawasan berkenaan. “Kami sudah menjangkakannya, Pejabat SAR Bandung telah meningkatkan kesiapsiagaan dan tahap persediaan untuk menghadapinya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, Pejabat SAR Bandung sudah bersedia untuk membantu,” jelas Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Jawa Barat, Deden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya