Guan Eng terbukti menipu - Utusan Malaysia

Guan Eng terbukti menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Parlimen membahaskan isu mengenai tuduhan kehilangan wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion kononnya ‘dirompak’ kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu ditegaskan oleh Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki susulan laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini yang mengesahkan tiada kehilangan wang kutipan GST akibat ‘dirompak’ kerajaan BN seperti diperkatakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,

Jelas beliau, pihaknya memandang serius dakwaan Guan Eng yang telah terbukti menipu dan mengelirukan Dewan Rakyat dengan niat jahat untuk membangkit kebencian rakyat terhadap pentadbiran lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Guan Eng dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan dikenakan hukuman yang tegas dan setimpal kerana dakwaannya bukan sahaja palsu malah boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat.

“Sehubungan dengan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat wajar menerima usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu tunggakan bayaran balik GST itu menimbulkan kontroversi apabila Guan Eng ketika sesi sidang Dewan Rakyat tahun lalu mendakwa wang tersebut ‘dirompak’ semasa kerajaan terdahulu sehingga perkara itu dibawa ke peringkat PAC.

PAC hari ini bagaimanapun mengesahkan kutipan tersebut tidak hilang seperti yang didakwa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini