GUA MUSANG 16 Julai – Lebih 300 orang termasuk gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal menyertai program gotong-royong membersihkan penempatan suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini, Khamis ini. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, kira-kira 12 agensi telah menyatakan kesediaan untuk menyertai aktiviti itu secara bersama. Katanya, gotong-royong itu bertujuan membersihkan kampung dan kediaman penduduk Orang Asli yang menjadi penularan penyakit demam campak hingga menyebabkan 15 kematian di Kampung Kuala Koh dua bulan lalu. “Lebih 300 peserta bakal menyertai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya