Kanak-kanak berkelakuan seperti anjing akibat diabai ibu

Kanak-kanak berkelakuan seperti anjing akibat diabai ibu

SEORANG kanak-kanak lelaki berkelakuan seperti anjing akibat diabai terlalu lama oleh ibunya di Thailand. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTARADIT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Wilayah Uttaradit, Thailand berkelakuan seperti anjing, termasuk menyalak, selepas diabaikan sepenuhnya oleh ibu dan abang kandungnya yang merupakan penagih dadah tegar.

Kes menyayat hati itu terbongkar apabila Paveena Hongsakul daripada Yayasan Kanak-Kanak dan Wanita Thailand menerima maklumat daripada seorang guru besar di Daerah Lap Lae, yang mendakwa kanak-kanak tersebut tidak pernah didaftarkan di mana-mana sekolah atau tadika, dan hanya dibawa oleh ibunya ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Kanak-kanak berkenaan, yang hanya dikenali sebagai ‘A’ demi melindungi identitinya, dipercayai ditinggalkan secara emosi sejak kecil dan hanya mendapat kasih sayang daripada sekumpulan anjing peliharaan sehingga akhirnya dia mula berkelakuan dan berkomunikasi seperti anjing, termasuk menyalak.

Hongsakul yang menerima aduan berkenaan segera berhubung dengan pihak polis tempatan di daerah tersebut dan menyiasat kes itu bersama-sama.

Hasil ujian air kencing terhadap ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 46 tahun serta abangnya yang berusia 23 tahun mendapati kedua-duanya positif dadah dan tidak menunjukkan sebarang minat untuk membesarkan atau menjaga anak kecil tersebut.

Menurut laporan akhbar Khaosod, jiran-jiran sekitar turut mengesahkan ibu kanak-kanak itu sering mengemis makanan dan wang untuk menyara ketagihannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN