BEKASI 1 Julai – Berita mengenai seorang bayi lelaki di Rawalumbu, Kota Bekasi dekat Jawa Barat yang diberi nama ‘Google’ oleh ayahnya akhirnya sampai ke pengetahuan Google Indonesia.
Lapor Kompas.com, syarikat teknologi itu kemudiannya memberikan cenderamata kepada Google yang dihantar menerusi syarikat kurier, Khamis lalu sebagai kenang-kenangan.
“Ada beberapa barangan yang dikirimkan mereka sebagai penghargaan dan kenang-kenangan buat bayi Google,” kata ibu Google, Ella tanpa menjelaskan butiran hadiah tersebut, hari ini. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











