GEORGE TOWN 31 Julai – Lebih separuh daripada jumlah individu yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak lebih lima tahun lepas adalah terdiri dari golongan muda berumur 40 tahun dan ke bawah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil hari ini berkata berdasarkan statistik dari tahun 2014 sehingga Jun lepas, seramai 4,860 orang individu telah ditangkap kerana rasuah dan 2,594 atau 53.4 peratus daripada jumlah itu…










