KUALA LUMPUR – Wendy Ng menghadiahkan tiket Sukan Olimpik 2020 ketiga buat skuad terjun negara selepas melangkah ke saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita dalam Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan hari ini.
Penerjun berusia 26 tahun itu menduduki tangga ke-10 daripada 18 peserta pada separuh akhir selepas mengumpul 288.60 mata.
Dua belas peserta yang berjaya melangkah ke final Kejohanan Dunia akan meraih tiket automatik ke temasya Tokyo.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pada Isnin lalu, Malaysia meraih tiket pertama menerusi pasangan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang meraih pingat perak acara 10m platform seirama wanita.
Sehari selepas itu, Pandelela meraih tiket keduanya dengan melangkah ke saingan akhir 10m platform individu. – UTUSAN ONLINE











