Gerrard ceriakan penyokong cilik The Reds - Utusan Malaysia

Gerrard ceriakan penyokong cilik The Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Steven Gerrard menceriakan seorang budak lelaki apabila membuat jemputan khas kepadanya di Liverpool.

Legenda Liverpool itu merupakan idola kepada Robbie Fleming yang ditemui mati di rumahnya dekat Lisburn, Ireland Utara tahun lalu.

Fleming merupakan penyokong tegar Liverpool dan pernah menyimpan hasrat untuk bertemu Gerrard bersama anaknya, Jack yang kini berusia sembilan tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setahun selepas kematian Fleming, ibunya, Alison menerima satu mesej yang menyentuh hati.

“Saya menggeletar dan menangis, gambar anak saya berada di depan saya sebaik sahaja saya menjawab panggilan telefon tersebut. ‘Helo, ini adalah Steven Gerrard.

“Dia mengucapkan takziah kepada saya, suami (Vernon) dan dua adik Robbie (Jamie dan Jordan).

“Dia juga bertanya bagaimana keadaan kami dan menzahirkan rasa simpatinya kerana tidak dapat bertemu Robbie. Saya mula menitiskan air mata dan dia berkata ‘tolong jangan menangis, anda sudah mula buat saya berasa sedih.

“Steven kemudian memberitahu kami bahawa dia mahu berjumpa dengan seluruh ahli keluarga kami dan pembantu peribadinya akan menghubungi kami dalam masa terdekat untuk menetapkan tarikh ke Liverpool dan dia juga sempat membuat panggilan video bersama Jack,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini