George Kent-Honeywell kembangkan perniagaan meter - Utusan Malaysia

George Kent-Honeywell kembangkan perniagaan meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Anak syarikat George Kent (Malaysia) Bhd., George Kent International Pte. Ltd. (GKI) memeterai perjanjian pelesenan jangka panjang dengan Honeywell untuk mengeluarkan komponen pengukuran meter air berketepatan tinggi bagi meter air isi padu C-Class V100 dan V110.

George Kent dalam kenyataannya berkata, perjanjian itu juga merangkumi pemindahan mesin dan peralatan berkaitan.

Katanya, kumpulan masih mengimport komponen pengukuran berketepatan tinggi serta pencatat Honeywell yang kemudian dipasang dengan perumah tembaga yang dikeluarkan oleh kumpulan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di bawah perjanjian berkenaan, kumpulan akan mengeluarkan komponen pengukuran, perumah tembaga dan memasang peralatan untuk menjadikannya sebagai meter air yang lengkap.

“Ini akan membolehkan kumpulan mengawal bekalan komponen dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat termasuk mengurangkan kos pengeluaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut syarikat itu, perjanjian pelesenan juga membolehkan kumpulan menjual produk-produk di bawah cap dagang GKM dan jenama George Kent secara eksklusif dalam 26 wilayah termasuk 15 wilayah baharu di rantau Asia dan ini akan membuka peluang pertumbuhan.

“Perjanjian tersebut dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Januari 2020 dan dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan kumpulan pada tahun-tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini