Gempa di Iran, seorang maut dan 45 cedera - Utusan Malaysia

Gempa di Iran, seorang maut dan 45 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 8 Julai – Gempa bumi dengan 5.7 magnitud menyebabkan seorang maut ekoran serangan jantung dan sekitar 45 orang cedera di barat daya Iran berhampiran sempadan dengan Iraq, hari ini.

Pusat Seismologi Nasional melaporkan, gempa tersebut berpusat di kawasan Masjed Soleiman, Khuzestan berlaku pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan pada kedalaman 17 kilometer (km).

Katanya, sebanyak tujuh gegaran susulan yang mana terkuat pada 4.7 magnitud.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Organisasi Penyelamat dan Bantuan Iran, Morteza Salimi berkata, mangsa maut merupakan penduduk di Masjed Soleiman.

Bandar dan kampung berhampiran terjejas dengan gempa mengalami retakan minor sahaja di bangunan dan sesetengah jalan ke kampung terputus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini