KUALA LUMPUR – Perkhidmatan PJ City Bus laluan PJ 01 akan mengalami gangguan ekoran penutupan sementara Lebuhraya Baru Pantai Timur (NPE) bermula pada pukul 2 pagi hingga 11 pagi, 14 Julai ini.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan sementara lebuh raya itu bertujuan memberi laluan kepada program larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019.
“Laluan perkhidmatan PJ 01 akan beroperasi semula seperti biasa selepas Lebuhraya NPE dibuka semula kepada semua kenderaan pada pukul 11 pagi.
“Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03-7956 3544 sambungan 357/353 (waktu pejabat) atau Aduan MBPJ di talian 03-7954 2020,” katanya. – UTUSAN ONLINE











