KUALA LUMPUR – Peluang Kuala Lumpur untuk mengelak daripada ditendang ke divisyen dua kian tipis selepas tewas 0-2 kepada Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, sebentar tadi.
Kekalahan tersebut sekali gus membenarkan skuad The Fighters memintas mereka untuk menduduki tangga ke-11 Liga Super, manakala tuan rumah tersungkur ke lembah tercorot.
Kini hanya tinggal Felda, Kuala Lumpur termasuk PKNP yang menghuni tangga ke-10 sedang berjuang untuk menyelamatkan diri daripada disingkirkan ke Liga Perdana.
Dalam perlawanan tersebut, Khairul Amri berjaya menyudahkan hantaran lintang oleh Zahril Azri untuk meletakkan Felda di depan pada minit ke-41.
Anak-anak buah Nidzam Jamil kemudian mengatur serangan dengan kali ini giliran Zahril Azri menggandakan kedudukan. Jaringan tersebut juga merupakan gol pertama bagi pemain muda itu musim ini.- UTUSAN ONLI9NE











