Fasha berang waktu penggambaran ditukar saat akhir - Utusan Malaysia

Fasha berang waktu penggambaran ditukar saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha berang gara-gara kegagalan sebuah produksi mematuhi waktu penggambaran yang sepatutnya bermula pada pukul 6 pagi hari ini.

Menerusi perkongsian Insta Story dalam Instagramnya, pelakon itu hanya dimaklumkan waktu penggambaran dipinda menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh Penolong Pengarah selepas tiba di lokasi penggambaran.

Menurutnya, disebabkan komited terhadap tanggungjawab sebagai pelakon, dia sanggup keluar dari rumah seawal pukul 5.15 pagi untuk memastikan penggambaran berjalan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semalam confident (yakin) bagi calltime (waktu penggambaran) pukul 6 pagi. Nak tak nak kena keluar pada pukul 5.15 pagi sampai tidak sempat Subuh.

“Pukul 5.50 pagi kita dah sampai set sunyi sepi. Selepas itu Penolong Pengarah sms cakap tukar waktu penggambaran. Sebab u (awak) dah terlambat jadi suka hati tukar waktu penggambaran,” tulisnya dalam Insta Story Instagramnya @fashasandha.

Dalam perkongsian yang sama Fasha turut menyatakan alasan dia enggan kembali berlakon kerana bosan melayan istilah ‘janji Melayu’ produksi tempatan.

“Sorry to say (maaf) tidak semua produksi mampu untuk mematuhi calltime pukul 6 pagi. Jangan feeling (berangan) bagi calltime pukul 6 pagi kalau korang sejenis ke laut dalam,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Fasha kini sedang menjalani penggambaran telemovie bertajuk Coklat Chip Special arahan Datuk Jurey Latif.

Berdasarkan perkongsian Insta Story Fasha, penggambaran telemovie tersebut berlangsung di sekitar Ayer Keroh di Melaka. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini