Farhash Wafa direman empat hari - Utusan Malaysia

Farhash Wafa direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai- Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang lagi lelaki ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan video seks luar tabii bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz intim yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kedua-dua individu itu direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lagi lelaki yang turut ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga individu termasuk seorang setiausaha politik berusia 29 hingga 37 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru kira-kira pukul 2.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, pada Ahad lalu, Haziq Abdullah serta lima lagi lelaki di sekitar Lembah Klang dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.- UTUSAN ONLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini