Empat pelumba podium disingkir? - Utusan Malaysia

Empat pelumba podium disingkir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Mesyuarat Exco Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), hari ini, akan mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara agar empat pelumba podium dikaji semula kontrak mereka di bawah program tersebut selepas gagal mencapai prestasi yang diharapkan.

Pelumba terbabit adalah Fatehah Mustapa, Farina Shawati Mohd. Adnan, Muhammad Khairil Nizam Rasol dan Mohamad Shariz Efendi Mohd. Shahrin.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab berkata, pihaknya mendapati walaupun masa secukupnya telah diberikan kepada mereka untuk memperbaiki prestasi sehingga Jun lalu, namun, ia tidak langsung menampakkan hasil yang positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil penilaian prestasi yang dilakukan menerusi beberapa kejohanan yang disertai, mereka gagal mencapai KPI yang ditetapkan.

“Oleh itu, Exco telah memutuskan untuk membawa isu ini kepada pengetahuan MSN untuk diambil tindakan sewajarnya sama ada menyingkirkan mereka terus daripada podium atau memotong elaun atau masih mahu terus diberikan peluang. Terserah kepada MSN mahupun Kementerian Belia dan Sukan untuk menentukannya,” kata Abu Samah.

Bagaimanapun, bagi pihak PKBM katanya, empat pelumba itu perlu diberi pengajaran sewajarnya untuk menyedarkan mereka supaya bangkit semula.

Berdasarkan laporan penilaian prestasi yang disediakan PKBM hari ini, Fatehah juga mempunyai masalah disiplin yang kurang memuaskan, selain mempunyai rekod kehadiran latihan yang tidak begitu baik sama seperti Khairil Nizam.

Bagi Farina dan Shariz Efendi pula, kemerosotan prestasi menjadi punca utama sama seperti Fatehah dan Khairil Nizam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini