Empat menteri perlu digugurkan kerana gagal, suka kontroversi - Utusan Malaysia

Empat menteri perlu digugurkan kerana gagal, suka kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Parti Gerakan mencadangkan empat menteri digugurkan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat merombak Kabinet.

Empat menteri itu ialah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai membuat cadangan sedemikian apabila mendakwa terdapat menteri yang gagal serta sering mencetuskan kontroversi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau melabelkan Mohd. Redzuan sebagai ‘encik kereta terbang’, Mohamaddin tidak cekap, Maszlee sangat kontroversi manakala Kok sekadar jurujual.

“Jika Perdana Menteri mahu merombak Kabinet, beberapa menteri yang gagal dan sering mencetuskan kontroversi perlu digantikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dakwanya, Mohd. Redzuan tidak memainkan peranan membantu usahawan muda tempatan untuk membangunkan perniagaan dan pasaran, tetapi membuang masa dengan projek kereta terbang.

Beliau juga mahu Maszlee disingkirkan kerana mendakwa menteri itu membuat kenyataan yang mengecewakan ramai pihak, manakala Mohammadin didakwa tidak melakukan sebarang usaha untuk mempromosikan sektor pelancongan.

“Akhir sekali mengharapkan Perdana Menteri mengugurkan Kok kerana beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai industri. Beliau tidak membantu pekebum sawit dan getah dan sebaliknya sekadar mempromosikan minyak sawit di Parlimen,” katanya.

Kebelakangan ini timbul ura-ura kononnya Kabinet bakal dirombak setelah lebih setahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, kerana beberapa individu yang dilantik menjawat jawatan menteri sebelum ini dikatakan tidak mempunyai pengalaman.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini