Empat Geng 24 simbah cat rumah ativitis dibawa ke IPK KL - Utusan Malaysia

Empat Geng 24 simbah cat rumah ativitis dibawa ke IPK KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Empat ahli Geng 24 yang bertindak melakukan ugutan serta menyimbah cat ke atas rumah seorang aktivis alam sekitar di Sungai Jarom, di sini akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 31 tahun itu sebelum ini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dibawa ke IPK Kuala Lumpur kerana dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah di sekitar ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh tahanan kesemua suspek telah berakhir semalam selepas pihak kita mendapat reman lanjutan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kesemua suspek tidak dibebaskan, malah mereka akan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut berkaitan kes jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Azizan, keempat-empat suspek akan dituduh di Mahkamah Telok Datuk dalam masa terdekat sebaik saja siasatan di IPK Kuala Lumpur selesai.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, empat ahli Geng 24 yang bertindak melakukan ugutan serta menyimbah cat ke atas rumah seorang aktivis alam sekitar di Kuala Langat pada Rabu lalu, diberkas di sebuah kediaman di Damansara.

Serangan berkenaan dipercayai dilakukan kumpulan kongsi gelap itu berkaitan dengan isu pengimportan skrap plastik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hasil soal siasat kesemua suspek mengaku terlibat dalam aktviti kongsi gelap Geng 24.

Katanya, tiga daripada suspek itu mengaku terlibat dalam kes berkenaan dan menerima upah daripada individu tertentu bagi melakukan jenayah tersebut.

Pada masa saman, polis merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan ketika kejadian, sebuah pedang samurai serta sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakamkan aktiviti jenayah itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini