Ejek nama ibu punca kejadian pukul pelajar - Utusan Malaysia

Ejek nama ibu punca kejadian pukul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Insiden seorang pelajar lelaki dipukul dan ditendang oleh rakannya di sebuah sekolah menengah di sini kelmarin berpunca daripada ejek-mengejek nama ibu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, mangsa yang berusia 14 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 10.52 malam tadi.

Katanya, ketika kejadian mangsa telah berjumpa suspek yang juga rakan sekelasnya di tempat letak motosikal berhampiran bangunan asrama warden sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika itu suspek telah meminta maaf secara lisan kepada mangsa dan memberitahu tidak mahu bergaduh lagi dengannya.

“Bagaimanapun, ketika mangsa mahu beredar, tiba-tiba suspek menyerang dan memukulnya hingga terjatuh. Akibat dipukul beberapa kali, mangsa mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan isu ejek- mengejek nama ibu yang menyebabkan pertengkaran mulut dan tidak puas hati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Haslah memberitahu, tiada senjata yang digunakan semasa kejadian dan polis akan memanggil pelajar terlibat untuk dirakam percakapan.

“Tiada sebarang penahanan dibuat setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rakaman video kejadian itu yang menunjukkan seorang pelajar dipukul dan ditendang rakannya di sebuah sekolah menengah tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu dirakam oleh beberapa pelajar lain dengan menggunakan telefon bimbit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini