EGM KAFA: Annuar ucap selamat tinggal - Utusan Malaysia

EGM KAFA: Annuar ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh yang  juga bapa pembangunan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengundurkan diri secara rasmi daripada bertanding jawatan No.1 badan induk pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Sabtu ini walaupun menerima pencalonan.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, penarikan diri Annuar itu menyaksikan saingan tiga penjuru untuk jawatan tersebut.

Menurutnya, tiga calon yang sah bertanding ialah Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz dan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbalan Presiden pula menyaksikan saingan tiga penjuru antara Muhammad Yusri Ismail, Datuk Seri Affandi Hamzah dan Datuk Sri Mohd. Zumridi Tambi.

“Pertembungan sengit dilihat turut berlaku untuk jawatan Naib Presiden apabila enam calon menawarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Affandi memberitahu, enam tokoh itu ialah Datuk Shaari Mat Hussain; Datuk Rowi Dollah; Profesor Dr. Zaliman Sauli; Hassan Hasbullah; Effendy Yahya dan Mohammad Affiq Kamaruzaman.

Katanya, ahli jawatankuasa eksekutif menyaksikan perebutan paling sengit apabila 27 calon menawarkan diri.

EGM KAFA diadakan selepas Exco sebulat suara bersetuju menerima memorandum desakan dari Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini