Dua termasuk wanita ditahan terlibat samun di perhentian bas - Utusan Malaysia

Dua termasuk wanita ditahan terlibat samun di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Julai – Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam jenayah samun yang berlaku di Perhentian Bas Saleng, Kulai, dekat sini 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kedua-dua suspek ditahan di Flat Temenggong, Kulai, awal pagi ini.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan dan tangkapan terhadap kedua-dua suspek di bawah blok Flat Temenggong, Kulai pada pukul 12.05 tengah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek merupakan seorang wanita berusia 23 tahun dan lelaki itu pula berusia 28 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, polis turut merampas sebuah motosikal, satu helmet, serangkai kunci berserta alat kawalan jauh motokar dan satu cermin mata.

“Berdasarkan siasatan, suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini