Dua taman tema air Malaysia tersenarai ranking dunia - Utusan Malaysia

Dua taman tema air Malaysia tersenarai ranking dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun tersenarai sebagai antara 10 taman tema air paling ramai dikunjungi di rantau Asia Pasifik.

Menurut Global Attraction Attendance Report 2018, Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Selangor diumumkan sebagai taman tema air keempat paling ramai dikunjungi di Asia Pasifik dengan merekodkan seramai 1.3 juta pengunjung sepanjang 2018.

Manakala, Lost World of Tambun, Perak yang menduduki tangga ke-10 merekodkan seramai satu juta pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Angka tersebut berjaya mengatasi jumlah pengunjung bagi taman-taman tema air popular di luar negara seperti Lotte Water Park, Korea Selatan; Summerland, Jepun dan Playa Maya Waterpark, China.

Jumlah tersebut juga telah berjaya meletakkan Sunway Lagoon di kedudukan ke-13 dalam senarai ‘Top 20’ Ranking Taman Tema Air Dunia.

Sementara itu, Walt Disney Attractions muncul sebagai syarikat taman tema paling popular 2018 dengan rekod kunjungan lebih 157 juta orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini