Dua penagih ditahan - Utusan Malaysia

Dua penagih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai- Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di sekitar Sibu, Sarawak semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Pulau Li Hua, polis merampas dua papan dadah jenis erimin 5 seberat 5.94 gram dan dua botol kecil berisi cecair disyaki dadah seberat 28.64 gram

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penganggur itu telah mengaku kesemua rampasan adalah untuk kegunaan sendiri dan dibeli secara transaksi bank serta positif dadah jenis amphetamine. Kesemua nilai rampasan dianggarkan RM1,660.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kedua pula ditahan di Jalan Hua Lai Hilir, Sg Bidut pada pukul 6.20 petang. Semasa polis tiba, suspek yang mempunyai tiga rekod lampau narkotik turut melarikan diri ke dalam semak namun berjaya ditahan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Stanley berkata, hasil pemeriksaan turut menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat dengan 5.50 gram serta dianggarkan berjumlah RM650.

Jelasnya, kedua-dua suspek kini ditahan di Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini