Dua lelaki maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua lelaki maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua lelaki maut setelah kereta jenis Naza Ria dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak kelapa sawit di Kilometer 127 Jalan Kuantan – Segamat- Muadzam Shah, Rompin dekat sini hari ini.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hasan berkata, kedua-dua kenderaan itu terbabas ke bahu jalan dengan keadaan kereta Naza Ria berada di bawah lori tangki tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota dari Balai Bomba Muadzam Shah dengan bantuan dua escavator dan dua kren membantu mengangkat serta mengalihkan kereta di bawah lori tangki tersebut.

“Pasukan bomba bertindak menggeluarkan dua lelaki dewasa yang tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini