Dua kanak-kanak ditemui mati lemas - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Dua kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di Sungai Pulau, Kampung Jelempok, Arau dekat sini hari ini.

Mayat Muhamad Fariz Mikhail Mohd. Faizal, 9, ditemui pada pukul 6.30 petang tadi manakala sepupunya, Muhamad Ziyyad Aisy Muhamad Zaki, 8, ditemui kira-kira 10 minit kemudian.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Muhamad Fariz tergelincir ke dalam sungai sebelum Muhamad Ziyyad cuba menyelamatkannya, namun kedua-duanya lemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa saudara mangsa, Muhamad Aiman Akmal Khairi Mokhzani, 17, memberitahu, kedua-dua anak saudaranya itu mengikut seorang lagi bapa saudara mereka ke sungai itu untuk memancing.

“Dua anak saudara saya ini mungkin tergelincir ke dalam sungai dan tidak disedari bapa saudara,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.

Katanya, dia bergegas ke sungai tersebut sebaik dimaklumkan penduduk kampung mengenai kejadian.

“Saya dan penduduk kampung terjun ke dalam sungai dan menemui kedua-dua mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, dua anak saudaranya itu sangat akrab sejak kecil.

“Walaupun masih terkejut dengan kejadian ini, saya sekeluarga reda dengan pemergian mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini