Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di dalam parit di Parit Buntar - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di dalam parit di Parit Buntar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Dua kanak-kanak yang merupakan adik-beradik tiri ditemui mati lemas di dalam parit dalam kejadian di Kampung Kuala Bagan Tiang di sini lewat petang tadi. 

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd Zaki, 10, ditemui penduduk kampung dengan salah seorang daripada mereka terapung di parit berkenaan. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan dua mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini