Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen - Utusan Malaysia

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 14 Julai – Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu menahan dua bot nelayan jenis tunda kerana melanggar syarat lesen dalam Op Gelora yang dijalankan di perairan Kota Kinabalu, Sabah, semalam.


Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati juragan kedua-dua bot sedang leka menangkap ikan di kawasan perairan Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya pada jarak kurang daripada 3 batu nautika dari persisiran pantai.

Menurutnya, bot pertama ditahan pada pukul 10.30 malam manakala bot kedua ditahan pada pukul 12.55 pagi semalam.

“Keseluruhan nilai rampasan dalam operasi tersebut dianggarkan berjumlah RM60,300.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan lanjut, kita dapati satu daripada bot yang kita tahan dalam operasi ini baru sahaja ditahan kerana melakukan kesalahan sama beberapa hari lalu. Walaupun telah dikenakan kompaun tetapi juragan bot berkenaan masih berdegil menjalankan aktiviti menangkap ikan berdekatan dengan persisiran pantai,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Mohamad Pajeri, tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen.


Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan kerana aktiviti menangkap ikan oleh bot-bot nelayan jenis tunda berdekatan dengan persisiran pantai sangat berbahaya kepada nelayan-nelayan kecil dan juga ekosistem ikan dan batu karang.-UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini