Dua beranak melecur dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Dua beranak melecur dalam kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya melecur pada bahagian badan dan kepala setelah rumah mereka terbakar di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, wanita berusia 70-an dan anak lelakinya yang berusia 40-an itu cedera semasa cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran tersebut.

Katanya, kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang segera membantu sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota bomba tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 pagi dan setibanya di lokasi tersebut, didapati api sedang marak.

“Kedua-dua mangsa yang telah diselamatkan oleh orang awam cedera akibat melecur antara lima ke 30 peratus dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati, kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu dan ekoran keadaan struktur rumah, api marak dengan cepat namun berjaya dikawal oleh anggota bomba.

“Kejadian berlaku ketika dua beranak itu sedang tidur dan keadaan mereka yang cedera kini dilaporkan stabil. Operasi tamat pada pukul 1.40 pagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini