KENAPA awak block saya di WhatsApp eh? Tanya penulis. Dia melemparkan kehairanan, pun dalam wajah polosnya, menjawab juga. “Oh, saya pun block awak? Maaflah, ramai orang saya block, termasuk adik saya juga,” katanya seraya menebarkan tawa yang serabai. Begitulah dia, jujur dan tidak menipu dalam berkata-kata walaupun tahu adakalanya itu akan mengguris hati banyak orang.
Dalam temu kami yang berlangsung sekitar lima jam, Nur Fathia Latiff ini bukanlah gadis ‘ting tong’, ataupun ada masalah ‘mental’. Itu bukan ungkapan baik untuk dihamburkan kepada dirinya. Cukup-cukuplah tu!
Mahu tidak mahu, pasti soalan tentang bekas kekasih hati, Aiman Hakim Redza terselit jua. Kisah pertunangan bekas kekasihnya itu dengan pelakon cantik, Zahirah MacWilson, senyuman Fathia terlebih dahulu mengambil tempat. Tenang menjawab, Fathia mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Pada kaca mata saya, Aiman dan Zahirah pasangan yang secocok. Saya dapat lihat bagaimana Aiman menjadi lebih matang selepas mengenali Zahirah. Malah, saya percaya mereka akan bahagia dalam mahligai cinta yang dibina.
“Saya doakan yang terbaik dan dalam pada masa yang sama, doakan juga yang terbaik untuk saya. Semoga kebahagiaan akan memeluk kami semua dalam cara sendiri,” katanya.
Ditanya apa statusnya sekarang, seraya tergelak manja Fathia mendedahkan dia kini solo. Baru sahaja putus cinta beberapa hari lalu, pelakon Ariana Rose ini mengakui jiwanya kini sedang ‘rapuh’.

“Sedihlah juga bila putus cinta ini, semua orang mahu bahagia, bukan? Tapi saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup ini dengan baik. Tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat jodoh saya nanti,” kata wanita berusia 31 tahun ini.
Selepas Aiman, pernah dua jejaka mendapat tempat istimewa dalam hatinya. Tetapi apa boleh buat, belum jodoh lagi, bersabar sahajalah.
Bangkit selepas jatuh terduduk bukan satu kerja mudah, apatah lagi seandainya membabitkan kepercayaan orang lain yang semakin mereput. Memulihkan imej yang tercalar di mata dunia luar, ia menuntut kerja keras berpanjangan.
Lagu pertamanya, Jika Aku Tahu, mungkin akan dianggap sebagai survival untuknya terus berdiri teguh di atas pentas seni.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini merasakan saat ini adalah masa tepat dan terbaik untuk dia mencuba sesuatu yang sudah lama diimpikannya. Cuba untuk mendewasakan diri.
“Macam orang lain cakap, kerjaya lakonan saya memang ‘sendu’ ketika ini. Baik sekarang ini saya fokus dengan kerjaya nyanyian. Saya tulis lagu dan lirik ini sendiri. Lagipun bila dapat tawaran daripada satu syarikat rakaman, saya rasa ini peluang terbaik,” katanya yang tanpa segan memperdengarkan Jika Aku Tahu kepada penulis dan tim.
Dia menyambung lagi, “jadi penyanyi ini saya dapat luangkan masa dengan diri sendiri. Bukan bermaksud saya mahu lari daripada semua orang, cuma buat masa sekarang sendiri itu lebih baik.
“Saya memilih untuk bersendiri, tetapi hadir dengan karya lagu. Itu membuatkan saya sangat teruja untuk beritahu semua orang,” ujarnya.
Masih terbuka menerima tawaran berlakon, tahun ini Fathia fokus kepada dua telefilem sahaja. Sudah tiba masanya untuk dia belajar untuk memilih watak dan karakter yang sesuai.
Bukan demand apatah lagi berlagak bagus, usianya dalam industri lakonan sudah di tahap matang. Dia selayaknya mula memlih yang terbaik selari dengan bakat dan jiwanya.
“Masih terima tawaran tapi bab takut atau apa, saya tak mahu fikir. Saya mahu karya yang mampu membuatkan orang ingat saya. Bukan lagi jenis tangkap muat atau asal ada.
“Lagipun saya jenis manusia yang fokus satu kerja dalam satu masa. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tak gitu?,” selorohnya yang semakin selesa berbicara.
Namun persoalannya sekarang, hampir dua tahun berada dalam radar ‘kecaman’ orang ramai, bagaimana dia menjalani kehidupan? Fathia yang dilihat agak terbuka dan rancak bercerita akan hala tuju masa depannya,
“Alhamdulillah, saya lebih tenang dan memang terasa bebas sedikit, kecaman pun sudah semakin berkurangan.
“Memang bukan mudah masyarakat terima setiap keputusan kita, terutamanya selepas buat keputusan tidak lagi bertudung. Tetapi, saya tak boleh puaskan hati semua orang.
“Terimalah saya seadanya. Daripada terus mengecam, adalah lebih baik kalau tolong doakan saya jadi lebih baik untuk hari esok berbanding semalam,” bicaranya.
Dianggap gila, sakit mental dan macam-macam lagi tohmahan dilemparkan, Fathia sedaya upaya cuba mengukir senyuman sebagai jawapan balas. Tidak perlu dia turut sama naik gila dengan fitnah segala.
Apa yang dia mahu, kehidupan diteruskan dan langkah dalam kerjaya seni dipacu laju. Namun dia sedar, tidak semudah mematahkan sebatang pensel, diari seninya selepas ini penuh dengan cabaran.
“Memang ada dengar produser dan penerbit agak takut untuk mengambil Fathia Latiff berlakon. Mungkin mereka terkesan dengan kata-kata orang terhadap saya. Namun, dalam bab bekerja, saya tetap memberi yang terbaik, tidak akan pernah ada komporomi pun,” katanya.
Percaya kepada rezeki yang sudah tertulis, andai kata bukan rezeki untuk berlakon buat masa sekarang, dia bersedia beralih ke bidang lain.
“Peluang itu perlu dicari dan digali, kita tidak boleh duduk diam sahaja. Kita tidak boleh kalah dengan kata-kata orang, sebab hanya kita sendiri yang menanggungnya,” katanya.
Semoga berbahagia bekas kekasiku
Mahu tidak mahu, pasti soalan tentang bekas kekasih hati, Aiman Hakim Redza terselit jua. Kisah pertunangan bekas kekasihnya itu dengan pelakon cantik, Zahirah MacWilson, senyuman Fathia terlebih dahulu mengambil tempat. Tenang menjawab, Fathia mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Pada kaca mata saya, Aiman dan Zahirah pasangan yang secocok. Saya dapat lihat bagaimana Aiman menjadi lebih matang selepas mengenali Zahirah. Malah, saya percaya mereka akan bahagia dalam mahligai cinta yang dibina.
“Saya doakan yang terbaik dan dalam pada masa yang sama, doakan juga yang terbaik untuk saya.
Semoga kebahagiaan akan memeluk kami semua dalam cara sendiri,” katanya.
Ditanya apa statusnya sekarang, seraya tergelak manja Fathia mendedahkan dia kini solo. Baru sahaja putus cinta beberapa hari lalu, pelakon Ariana Rose ini mengakui jiwanya kini sedang ‘rapuh’.
“Sedihlah juga bila putus cinta ini, semua orang mahu bahagia, bukan? Tapi saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup ini dengan baik. Tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat jodoh saya nanti,” kata wanita berusia 31 tahun ini.
Selepas Aiman, pernah dua jejaka mendapat tempat istimewa dalam hatinya. Tetapi apa boleh buat, belum jodoh lagi, bersabar sahajalah.

Jika aku tahu