Ditipu 'mat saleh' WeChat dari UK - Utusan Malaysia

Ditipu ‘mat saleh’ WeChat dari UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Terbuai dengan kata-kata manis dan dijanjikan pelbagai hadiah sebagai tanda perkenalan, seorang kerani wanita kerugian RM4,200 diperdaya jejaka kononnya dari United Kingdom (UK) yang dikenali menerusi WeChat.

Perkenalan itu bermula pada 23 Jun lalu apabila mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari Temerloh tersebut menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari kenalan baharu menerusi carian rawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai James yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan bekerja di UK.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama seperti modus operandi love scam yang lain, mangsa dijanjikan hadiah baju, kasut, telefon dan barang kemas yang dihantar melalui khidmat kurier sebagai tanda perkenalan,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, mangsa dihubungi pihak syarikat kurier, WSC Delivery pada 27 Jun lalu dan diminta membayar duti kastam sebanyak RM4,200 sebelum boleh menuntut barang-barang tersebut.

“Mangsa menjelaskan bayaran itu pada Selasa lalu, sebelum menyedari tertipu apabila diminta membuat bayaran tambahan,” tambahnya.

Wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini