Ditipu jual saham, pengarah syarikat rugi RM2.5 juta - Utusan Malaysia

Ditipu jual saham, pengarah syarikat rugi RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang pengarah sebuah syarikat mengalami kerugian bernilai RM2.5 juta selepas mendakwa dirinya ditipu berkaitan penjualan saham syarikatnya selepas wang tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, lelaki warga tempatan berusia 34 tahun itu menafikan bahawa dirinya menandatangani beberapa dokumen.

“Mangsa mendakwa bahawa suspek telah menggunakan dokumen tersebut untuk mengeluarkan wang daripada peguam tanpa pengetahuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang merasa tertipu telah membuat laporan pada 26 April lalu di Balai Polis Selayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor menambah, susulan laporan itu, polis telah menahan suspek pertama iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang juga ahli perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam.

“Suspek kedua yang bekerja sebagai akauntan juga ditahan pada hari yang sama di Selayang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Difahamkan suspek yang ditahan di KLIA2 itu baru sahaja tiba dari Manila, Filipina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini