BIARPUN tidak dapat melihat, namun tangannya pantas mencucuk jarum akupunktur ke titik-titik tertentu tubuh manusia dan haiwan yang dirawat secara tepat. Faizul Ghani, 39, juga berupaya melakukan panahan sambil menunggang kuda mengena pada papan sasar kadangkala menepati mata 10. Ternyata, perkara-perkara yang dilakukan itu lazimnya memerlukan penglihatan mata yang tajam, namun Faizul membuktikan bahawa kecacatan penglihatannya tidak menghalang dia melakukan sesuatu yang memerlukan deria penglihatan. Faizul yang dilahirkan ke dunia…










