MANILA 3 Julai – Beberapa keping gambar tular dalam media sosial mengenai sekumpulan pasukan sorak (cheerleaders) yang berusaha untuk memetik buah mangga dipercayai di Manila baru-baru ini.

Gambar yang dikongsi oleh pengguna akaun Twitter, Laa@chocoxies dengan status bertajuk ‘Ketika anak cheerleaders mengambil mangga’ menarik perhatian warga maya sehingga mendapat 8,911 ‘retweets’ dan 7,709 tanda suka setakat ini.
Antara gambar yang dikongsi adalah aksi unik seorang remaja perempuan yang dilambung ke udara untuk memetik mangga dengan dibantu oleh lima rakan lelakinya yang membuat formasi salah satu gerakan pasukan sorak. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











