De Ligt ke Turin? - Utusan Malaysia

De Ligt ke Turin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juventus bersetuju untuk menandatangani Matthijs de Ligt dari Ajax yang bernilai 67.5 juta pound (RM347 juta).

Kelab gergasi Itali itu bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh ejen pertahanan Belanda tersebut, Mino Raiola. Dia dijangka tiba di Turin pada malam ini untuk ujian kesihatan.

Pemain berusia 19 tahun itu bakal diikat selama lima tahun dengan nilai 10.8 juta pound (RM55 juta) setahun termasuk bonus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu lalu, De Ligt tidak menyertai jelajah pra musim Ajax di Austria kerana bakal berpindah ke kelab lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini