De Jong sertai Barcelona - Utusan Malaysia

De Jong sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Bintang muda Belanda, Frenkie de Jong memberitahu jaminan Barcelona untuk menjadikannya pemain utama telah meyakinkan dia untuk menyertai skuad Catalan itu sejak Januari lalu.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu mengharungi musim menakjubkan bersama Ajax apabila menjuarai Eredivisie serta mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Barcelona mengumumkan mereka menandatangani De Jong pada Januari lalu dengan nilai 75 juta euro (RM348 juta) dengan perjanjian selama lima tahun bermula 1 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya berfikir untuk menyertai kelab lain yang berminat dengan saya namun ini adalah proses yang normal.

“Saya mempertimbangkan pilihan yang ada dan yang terbaik untuk saya, Barcelona datang menemui saya dan mereka meyakinkan saya.

“Mudah untuk saya buat keputusan. Mereka berkata mereka yakin dengan saya dan mahu menjadikan saya pemain utama di Barca pada masa akan datang,” katanya.

De Jong turut beranggapan bermain dengan pemain terbaik di dunia seperti pemenang Ballon d’Or lima kali, Lionel Messi akan meningkatkan mutu permainannya.

“Sudah tentu, dia (Messi) terbaik. Saya sangat gembira untuk beraksi bersamanya dan saya teruja untuk berjumpa dengan pasukan baharu. Semua pemain di sini berbakata, bukan sahaja Messi,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini